Sunday, 21 August 2016

Hebatnya Manusia bergelar Wanita.


الدُّنْيَا مَتاَعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَة
“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” (HR. Muslim)

Apabila bercerita tentang wanita, wanita adalah sebahagian dari bangsa manusia. Ia adalah sumber kelahiran insan dibumi ini dan juga institusi pertama dalam membentuk generasi muda dan di tangan-tangan seorang wanita terletaknya masa depan sebuah bangsa. Tangan yang menghayun buaian akan menggegarkan dunia dalam mencipta sejarah. Wanita merupakan faktor utama mempengaruhi kehidupan pertama seorang lelaki. Betapa pentingnya makhluk allah ini. Betapa besar juga peranannya dan betapa berjasanya manusia yang bergelar wanita.

Sinaran Cahaya Islam.

Meneliti dan mendalami keadaan wanita di zaman jahiliyyah. Mereka suatu ketika dahulu hanyalah umpama kilang yang hebat dengan produk. Mereka adalah tempat berseronok ketika diperlukan. Tatkala habis madu sepahnya dibuang. Mereka juga terkenal dengan pembawa bala petaka sehinggakan layak untuk dibunuh. Allah S.W.T ada berfirman dalam kalam suciNya yang menceritakan keadaan masyarakat jahiliyyah khususnya wanita dalam surah An-Nahl ayat 58 dan 59

وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِالْأُنْثَى ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا وَهُوَ كَظِيمٌ (58)
(59)  يَتَوَارَى مِنَ الْقَوْمِ مِنْ سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ أَيُمْسِكُهُ عَلَى هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ أَلَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ
“Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu. (QS. An-Nahl : 58-59)

Namun kedatangan cahaya Islam membawa sinar harapan. Wanita ketika itu bukan lagi tempat berseronok malah menjadi rakan untuk bekerjasama menjaga kelangsungan bangsa manusia. Perbezaan semula jadi membezakan seseorang manusia, namun wanitalah insan yang mesti diberi perhatian, pendidikan dan pengawasan dengan sebaik-baiknya. 
Istimewanya wanita adalah kerana banyak nas-nas al quran dan hadith datang menceritakan tentangnya. Baik dari peringkat anak kecil mahupun diperingkat tua.

Rasulullah S.A.W ada bersabda :
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (HR. Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

 Firman Allah S.W.T
وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا (23)
(24) وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (QS. Al-Isra: 23-24)

Jelaslah disini bahawa Islam sangat mengagung-agungkan seorang yang bergelar ibu dan apabila dikatakan dengan seorang ibu tidak lain tidak bukan ia merujuk kepada seorang wanita.

Retak Menanti Belah.

Menyelusuri perjalanan kehidupan yang semakin mencabar, wanita hari ini juga kian hilang identitinya. Malu yang menjadi pakaiannya ketika zaman kebangkitan islam kian dikoyakkan oleh teknologi yang serba canggih. Hal ini membolehkan wanita hari ini disifatkan atau disamakan dengan wanita jahiliyyah. Perkara ini sangat membimbangkan dan sangat meruncingkan kepada semua pihak secara umumnya dan kepada golongan wanita khususnya. Pelbagai bentuk peribadi dan susuk tubuh wanita yang ditayangkan di zaman ini. Antaranya wanita zina, isteri derhaka, lesbian, dan ibu yang sedia untuk membuang anak yang tidak berdosa. Masalah ini adalah ulang tayang daripada masalah-masalah lampau dan layak untuk dikatakan zaman ini adalah kembar siam bagi zaman jahiliyyah.

“Those who cannot learn from history are doomed to repeat it” (George Santayana)

Bagi mereka yang tidak belajar dari sejarah pasti akan mengulanginya. Jelaslah bahawa masyarakat hari ini kebanyakkannya tidak mempelajari sejarah sehinggakan mereka mengulangi kembali sejarah gelap zaman jahiliyyah.
            Bersama menyingkap permasalahan yang meruntuhkan moral identiti wanita islam. Mereka hari ini telah diperangi secara senyap dengan peperangan fikiran daripada boneka-boneka barat sehingga menjadikan barat sebagai kiblatnya. Disebabkan mereka telah termakan dengan makanan lazat yang disuap oleh boneka-boneka itu, mereka sanggup mempersoalkan hukum-hakam yang ditetapkan oleh syarak seperti yang telah diisukan oleh Sister-In-Islam (SIS) dalam hukum memakai tudung, harta pusaka dan sebagainya.
Ketahuilah bahawa hakikatnya, wanita telah lama mulia, hebat dan bebas merdeka seperti yang dikatakan oleh salah seorang khalifah.

 “Pada masa jahiliyah, wanita itu tak ada harganya bagi kami. Sampai akhirnya Islam datang dan menyatakan bahawa wanita itu sedarjat dengan lelaki.” (Umar Al Khattab)

Hanya gerhana bukan terbenamnya matahari.

"Agama ini sebenarnya aturan yang ditetapkan oleh Allah kepada manusia. Jika matahari mempunyai paksi dan graviti, bumi pula mempunyai paksi dan beredar diatas orbit, maka demikian jugalah manusia mempunyai agama ini.  Apabila agama hilang dari manusia, maka akan pincanglah keseimbangannya" (Ustaz Hassan Al-Hudhaibi)

            Fenomena yang berlaku hari ini bukanlah satu perkara yang perlu dibiarkan dengan begitu sahaja tanpa memberi sebarang solusi. Ia perlu disalurkan mengikut tatacara yang Islam tetapkan kerana Islam merupakan pengimbangnya. Sekiranya, wanita memandang bahawa Islam telah pergi meninggalkan dari kehidupannya, semua itu hanyalah umpama “Gerhana Bulan” yang masih mempunyai saki-baki sinaran waktu untuk menjadikan harapan penerusan hidup demi meraih perubahan. Rebutlah saki-baki yang ada sebelum terbenamnya sinaran matahari.

Buatmu Wanita

Duhai wanita, persiapkanlah dirimu dengan keimanan, keyakinan dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah sebagai bekalan dalam perjuangan dan juga bekalan mendidik generasi. Perjuanganmu wanita tidak akan dijanjikan dengan sesuatu yang indah-indah dan juga tidak dihamparkan dengan permaidani merah dengan taburan bunga-bungaan tetapi penuh keperitan onak dan duri memenuhi langkah-langkah kerana kehidupan ini sementera yang kekal itu hanya di syurga. Oleh itu, persiapkan dirimu dengan iman.
Iman boleh ditingkatkan dengan amalan. Iman bertambah dengan bertambahnya amal. Oleh itu, jadikan semua aktivitimu ibadah hanya dengan niat kerana Allah dan bertepatan dengan syariat seperti mana ketika dirimu sedang memasak itu dikira ibadah, cuci pinggan juga dikatakan ibadah, menjaga anak turut sama ibadah dan banyak lagi yang boleh dirimu jadikan ibadah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
“Artinya: Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. At-Tahrim: 6)

Perbanyakkan membaca al quran dan berusaha untuk memahami setiap kalam Allah, melazimkan bibir dengan bertasbih, bertahmid, dan bertakbir kepada Allah. Mempratikkan amalan sunnat tanpa membiarkan amalan fardhu. Akhirnya, jangan berasa lemah dan jangan berasa hina tatkala ingin berubah kerana wanita adalah yang paling mulia sekiranya beriman.

"Saudaraku,Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah cita-cita semalam, dan cita-cita hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat untuk wujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, walaupun fenomena-fenomena kerosakkan dan kemaksiatan menghantui kita. Yang lemah tidak akan lemah buat selama-lamanya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.” (Hassan Al-Banna)


p/s :  penulisan lama untuk simpanan

Tuesday, 8 September 2015

AKU dan MESIR



7 September 2014
Aku diterbangkan untuk menimba ilmu
Disebuah kota bukan idaman hati,
tanpa pengiring dan juga pengalamana
ku redah begitu sahaja bersama seorang ukhti,
bagai jasad di awangan
hati pula terikat nan tanah air tercinta,


Masa kian berlalu pergi,
kini 7 September kembali lagi,
Genap setahun aku di bumi mesir
melangkah dengan penuh lakaran
baik indah mahupun duka,
tangkas berani aku lalui tanpa berseorangan
kerna ini permulaan realiti mahasiswi azhari


" kami budak baru kak !"


detik pertama aku tempuh realiti mahasiswi,
rasa penuh sebak di dada,
melihat cerekarama bagai tidak bermotif
tertutupnya minda bagai tiada toleransi,
"bangunan roboh" sudah kian berhabuk
ukhuwah yang terjalin dibalas jelingan mata,
hanya kerana kita berbeza persatuan,


"sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara"


aku kagum dengan mahasiswi optimis
mereka laju dalam dakwah mahupun akademik
mereka baik dalam hubungan walaupun berlainan persatuan,


"kesepakatan, keterbukaan, beragenda, berwawasan"


4 seruan penuh dengan ma'ani
sebuah persatuan pembawaannya berbeza,
kini setahun juga aku ikuti,
ISMA Mesir mengajarkan aku,
erti perjuangan dan juga pengorbanan,
langkah daie aku teruskan
semuanya demi pentarbiyyahan mahasiswi.


"Kuliah oh kuliah"


pengalaman manis dan juga bermakna,
2 hari sebelum baru ku ketahui, 
nama naik tanda gelaran pelajar baru,
aku gagah lalui jua tanpa belekan sebuah buku, 
kini sudah melangkah ke tahun 2 Syariah Islamiyyah.
Alhamdulillah dahulu aku panjatkan,
tanda aku bukan calang-calang mahasiswi.
membenarkan satu bukti
ISMA bukan penghalang antara Akademik dan Dakwah


"anti tak boleh macam ni... "


kejujuran, ketulusan, kebenaran
semuanya aku pelajari
dalam sebuah rumah yang nampak kecil
namun terselit satu ma'ani rohani nan besar
permulaan aku diam seribu bahasa
memberontak dalam jiwa bagai manusia kecelaruan,
kata orang tarbiyyah itu perlukan biah (suasana)
biah solehah telah aku jumpai, 
bersama mahasiswi ISMA Mesir
Tarbiyah Hari Ini, Kepimpinan Hari Esok,
BersamaMembangunMahasiswaBeragenda


p/s : gambar hanya hiasan bukan tanda keagungan firaun.

Friday, 12 December 2014

Untukmu ukhtie

telah sampai masa .....
hari kian berlalu .....
sama ada terisi .....
mahupun kosong begitu .....
penentuan segala perjuangan .....
Perjuangan,
Perjuangan yang masih belum selesai,
Butiran-butiran ilmu di merata-rata,
Ada di utara,
Mahupun di selatan,
Tidak lupa di timur dan barat,
Semuanya perlu dikutip dikumpul dan terus disemai,
Sebagai cerahan pada masyarakat.
Ukhti,
Andai kau tahu,
Segunung harapan masih dihati seorang ayah
Selangit impian terlekat dalam mimpi seorang ibu,
Sejuta semangat mengikuti setiap langkah seorang guru,
Semata-mata hanya tuk kau berjaya.
Kakakanda,
Peperiksaan ini seumpama peperangan,
Perlu berkorban bukan terkorban,
Keyakinan dan hamasah seiring bersama,
tuk meredah arus dunia yang tersasar dari dasarnya,
oleh propaganda musuh durjana yang terancang.
Ayuh!
Ayuh akhowat !
Bersedialah !
Bangkitlah dari lenamu!
Berjuanglah !
meraih.....
MUMTAZ UNTUK UMMAH.
p/s  bersungguh-sungguh dengan peperiksaanmu sama ada kecil mahupun besar kerna umat islam menanti-nantikan dirimu ! bittaufiq wa najah. :)


Thursday, 27 November 2014

Sudahkah Kau Menangis ?

     Genap 2 bulan di bumi kinanah, mengutip ilmu yang tidak akan kehabisan. Menyulami diri dengan kesegaran tarbiyyah. Permulaan langkah mujahadah. 
" TARBIYYAH bermula bilamana anda mula melangkah menjauhi perkara-perkara JAHILIYYAH " 
 
     Kehidupan ini tak akan lari dari ujian. Ujian yang berbaur sedih mahupun gembira. Kedua-duanya itu juga akan dihadapi dengan mujahadah yang kuat. Kehidupan inilah taman tarbiyyah yang bukan hanya happy setiap masa kerana didalam tarbiyyah perlu adanya satu pertembungan antara kehendak peribadi dengan kehendak Illahi.
    Masih tergiang-giang kata seorang akhowat : 

" selagi kita tak mengeluarkan air mata dsebabkan tarbiyyah dan dakwah kte masih lagi belum dtarbiyyah dan melaksanakan dakwah ". 
boleh terima ke statement niiiii??? 




Monday, 3 March 2014

Pernah ber C - I - N - T - A ?


" awak pernah bercinta? "
" bercinta? maksudnyaaa? "
" couple? makwe pakwe tuu ?"

Terkedu sekejap dengan soalan yang ditanya. Kali pertama menerima soalan sebergini.

" taak.. "
" sies xde ? "
" yup ! nape? "
" saje tnyee.. "

Bercinta antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram atau lebih dikenali dengan COUPLE perlu ke berlaku pada seorang muslim? sehinggakan seorang remaja yang baru lepasan SPM menganggapkan bahwa lepas SPM mesti ada pasangan istimewa. Dahsyat ! pemikiran anak-anak remaja sekarang sudah dipengaruhi dengan budaya barat. 

Persoalannya disini, perlukah kita bercinta dengan perempuan bukan mahram ataupun sebaliknya sebelum kita berkahwin? Agama Islam ada mengajar kita berbuat demikiankah? 

Sudah semestinya TIDAK ! hal ini terbukti apabila Allah S.W.T sudah mengatakan dalam kita suciNya :


               
" Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk " (17 ; 32)

Begitu bijaksananya Allah S.W.T bahawa Dia bukan sahaja mengatakan bahawa jangan berzina tetapi JANGAN MENGHAMPIRI zina. Tidakkah kita sedar bahawa bercouple ini adalah salah satu idea atau aktiviti untuk kita menghampiri zina. Pernahkah kita terfikir tatkala kita berdua-duaan, berpegang-pegangan, berbalas kata manis-manisan disitu si syaitan sedang bergelak ketawa melihat gelagat kita dan neraka kata mari syurga pula kata pergi? Dalam dunia ini tiada seorang pun yang mahu masuk neraka tetapi mana tindakan dan usaha kita untuk mengelak daripada terjerumus menjadi salah seorang daridapa ahli neraka.


"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga)"(24 ; 26)

Tidak perlulah kita mencari siapa jodoh atau pasangan istimewa kita kerana Allah sendiri telah tetapkan siapa jodoh kita. Tugas kita adalah berdoa agar dijodohkan dengan seseorang yang baik tetapi ingat ! kita perlu jadi baik dahulu. 

" aok da ade? " aku sngat berharap dia xde lagiiii...ya Allah, peliharalah sahabat ini

" xde.. muda lagi laa.. nnt masuk u dlu "Allahu Rabbi.. terdiam !
" tapi kaaaannn... laki sekarang sush na percaya.. sush na cari laki yang jage solat.."

Subhanallah ! sejahil mana pun seseorang itu, dia tetap yang terbaik. Sama-sama kita membantu saudara-saudara kita ke landasan yang benar. Wallahu 'alam

Thursday, 20 February 2014

keperibadian seorang WANITA


           
  Wanita sebahagian dari bangsa manusia .Ia adalah sumber kelahiran insan dibumi ini. Ia adalah institusi pertama membentuk generasi muda ,masa depan sebuah bangsa bergantung kepadanya .tangan yang menghayun buaian akan menggegarkan dunia mencipta sejarah. Wanita merupakan faktor utama mempengaruhi kehidupan pertama seorang lelaki. Betapa pentingnya makhluk allah ini. Betapa besar juga peranannya dan betapa berjasanya kalian wahai wanita. KALIAN HEBAT !
Wanita, kalian suatu ketika dulu hanyalah umpama kilang. Hebat dengan produk. Kalian adalah tempat orang berseronok ketika diperlukan habis manis sepah dibuang. Lahirmu adalah petaka. Namun kedatangan Islam membawa sinar harapan. Kalian bukan hanya untuk berseronok malah bekerjasama menjaga kelangsungan bangsa manusia. Perbezaan semula jadi membezakan kalian. Kalian insan yang mesti diberi perhatian,pendidikan dan pengawasan. Rasulallah bersabda :
"Sesiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau dua orang saudara perempuan lalu dia menjaga mereka dengan baik dengan penuh tawakkal kepada allah sepanjang menjaganya nescaya dia akan beroleh syurga".
Istimewanya wanita adalah kerana imanya yang mendalam terhadap tuhanya. Keyakinannya bahawa segala yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Kewajipannya adalah berusaha seterusnya pasrah kepada Allah.
Kisah Sarah sentiasa tersemat di hatiku keyakinannya terhadap Allah, sanggup ditinggalkan ditanah gersang lagi kontang tanpa manusia dan tumbuhan. Sarah tetap gigih berusaha mendapatkan minuman anak kesayangannya Ismail, berlari lari mengejar fatamurgana disangkanya air kalau tidak kerana benar tawakkalnya kepada Allah mana mungkin Sarah sanggup melalui situasi seperti ini. 
Duhai wanita, keimanan ,keyakinan dan penyerahan diri kepada Allah mesti kita perolehi sebagai bekalan dalam perjuangan dan juga bekalan mendidik generasi.
Perjuanganmu wahai wanita, tidak dijanjikan dengan sesuatu yang indah-indah. Ia tidak dihamparkan dengan permaidani bukan taburan bunga-bungaan tetapi penuh keperitan onak dan duri memenuhi langkah -langkah kita. Oleh itu, persiapkan dirimu dengan IMAN.
Iman boleh ditingkatkan dengan amalan. Iman bertambah dengan bertambahnya amal jadikan semua aktivitimu ibadah hanya dengan niat kerana Allah dan bertepatan dengan syariat. Jadi wanita banyak ruang hidupmu adalah ibadah ,masak ibadah , cuci pinggan ibadah ,jaga anak ibadah dan banyak lagi senyum pun juga ibadah
Bertuahnlah kalian kerana menjadi seorang WANITA. Saya berharap SUPAYA KALIAN MAMPU MELAKSANAKAN PERANAN SEBAGAI WANITA, ISTERI DAN IBU YANG SOLEHAH yang bakal mengubah bangsa ini.

Saturday, 4 January 2014

Wudhu' ? Ada apa dengan WUDHU' ?



Sering kali ramai masyarakat yang memperlekehkan pengambilan wudhu' dengan sempurna. "KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN" sudah sering kali kita dengar dimana-mana. Tidak salahkan kita mengambil wudhu dengan sempurna. Sedikit perkongsian untuk saya kongsikan berdasarkan pengalaman kehidupan saya. 

di sebuah sekolah......

" ok semua ... sapa tahu niat wudhu'? "
" wudhu'?? ape tuuu... "

terasa sesuatu yang lawak tetapi harus kita berdepan dengan realiti....

Hari ini segelintir masyarakat tidak mengatahui apa yang dikatakan dengan wudhu'. Wudhu' dalam kata lain adalah "air sembahyang". Wudhu' beerti dalam agama islam adalah membersihkan diri daripada hadas kecil mahupun hadas besar dengan syarat-syarat yang tertentu. Hukum berwudhu terdapat 2 hukum yakni fardu ain/wajib dan sunnat. Bila wudhu ini dikatakan wajib? berwudhu wajib tatkala seorang hamba Allah itu hendak menunaikan ibadah. Jika kita fikir secara logiknya apabila seorang hamba hendak menyembah atau mendekatkan diri kepada Tuhannya semestinya dalam keadaan bersih,suci dan kemas (wangi) tidak kira agama apa-apa pun. Ibadah itu tidak semestinya solat (sembahyang) semata-semata tetapi ketika mengerjakan ta'waaf juga harus berwudhu.

" Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan solat,maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku dan sapulah kepalamu dan kakimu sehingga kedua mata kakimu....." ( 5 : 6 )

Bagaimana pula dengan sunnat? sunnat apabila ingin membaca dan mendengar al-quran, melaungkan azan dan banyak lagi. Tidakkah kita ketahui bahwa amalan sunnat ini akan menampung dosa-dosa kita.

Teringat saya tatkala di sebuah surau kelihatan seorang hamba Allah sedang mengambil wudhu'. Cara si hamba mengambilnya secara sambil lewa. Sedarkah kita bahawa wudhu' ini banyak hikmahnya antaranya anggota-anggota tersebut terdedah kepada kekotoran yang zahir seperti habuk,debu dan lain-lain serta dalam konteks islamnya banyak terdedah dengan dosa dan maksiat sama ada zahir atau batin dan pernahkah kita dengar Rasulullah saw pernah menyatakan, wajah orang yang berwudhu itu akan sentiasa bercahaya. Rasulullah akan mengenalinya nanti pada hari kiamat kerana bekas wudhu, “Umatku nanti kelak pada hari kiamat bercahaya muka dan kakinya kerana kesan daripada wudhu.” 

Ingin sekali saya menjelaskan bagaimana untuk berwudhu' tetapi bagi saya penjelasan tantang berwudhu' haruslah dibuat secara praktikal. Oleh itu, pada post kali ini saya sekadar memberi sahabat-sahabat sekalian link untuk dirujuk < http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/wudhu.htm > .

Pengambilan wudhu' secara tidak sempurna boleh membatalkan ibadah yang dikerjakan. Bukankah itu satu pembaziran? . kita sudah tahu bahawa membazir itu adalah amalan syaitan dan kita harus ingat bahawa syaitan itu dimana tempatnya. Nak ke kita ke tempat yang penuh dengan api yang menyala-nyala? sudah saya ketahui bahawa sahabat-sahabat saya tidak mahukannya. Betul ke tidak??.."benar ya Allah"

"kenapa perlu berwudhu? mandi pon bleh kaaannn..."

Berwudhu' merupakan satu perbuatan yang hanya ada didalam agama islam dan ia juga banyak kejaibannya. Ketahuilah bahawa berwudhu mampu meredakan perasaan marah. Sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya syaitan itu daripad api (an nar)dan sesungguhnya dipadamkan api itu dengan air, maka apabila seseorang kamu marah, maka ambillah wudhu' (air sembahyang)" hadis riwayat Abu Daud.

"selongkar kejaiban demi keredhaan"