Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Friday, 12 December 2014

Untukmu ukhtie

telah sampai masa .....
hari kian berlalu .....
sama ada terisi .....
mahupun kosong begitu .....
penentuan segala perjuangan .....
Perjuangan,
Perjuangan yang masih belum selesai,
Butiran-butiran ilmu di merata-rata,
Ada di utara,
Mahupun di selatan,
Tidak lupa di timur dan barat,
Semuanya perlu dikutip dikumpul dan terus disemai,
Sebagai cerahan pada masyarakat.
Ukhti,
Andai kau tahu,
Segunung harapan masih dihati seorang ayah
Selangit impian terlekat dalam mimpi seorang ibu,
Sejuta semangat mengikuti setiap langkah seorang guru,
Semata-mata hanya tuk kau berjaya.
Kakakanda,
Peperiksaan ini seumpama peperangan,
Perlu berkorban bukan terkorban,
Keyakinan dan hamasah seiring bersama,
tuk meredah arus dunia yang tersasar dari dasarnya,
oleh propaganda musuh durjana yang terancang.
Ayuh!
Ayuh akhowat !
Bersedialah !
Bangkitlah dari lenamu!
Berjuanglah !
meraih.....
MUMTAZ UNTUK UMMAH.
p/s  bersungguh-sungguh dengan peperiksaanmu sama ada kecil mahupun besar kerna umat islam menanti-nantikan dirimu ! bittaufiq wa najah. :)


Friday, 3 January 2014

Kalam Muqaddimah ..

..............

Salam 'alaik kepada semua pembaca yang sudi singgah di laman yang tidak seberapa ini. Mungkin ini kali pertama saya menulis blog ini. Harapan saya hanya untuk perkongsian kepada sahabat-sahabat. Saya bukan seorang yang hebat dan luar biasa tetapi saya akan sedaya upaya untuk menjadi orang yang hebat dan luar biasa seperti kalian, terima kasih kerana sudi singgah ... terimalah sebuah puisi nukilan dariku .

Berat tak terhingga
membuatku lemah
namun apa kan daya
ku tetap lakukan jua
kerna tugas seorang khalifah
sudah diciptakan Tuhan
untukku perjuangkan Islam
tapi bagai tak sanggup
Demam 
pabila ku dengar suara itu
melayang-layang tubuhku
tidak tahu mana nak tuju
bahuku kian rapuh
tangisanku bergema dibilik
ibu ayah ku tidak menahu
layan seorang diri
Bangun dan terus bangkit
bergema nan kata semangat
perjuangan Rasulullah bermain di mata
membawa ku seribu satu ketabahan
ku terus bangun
tidak kira perasaan yang takut
itu semua dibuang ke tepi
hanya Allah bersamaku

sama-sama kita azamkan pada hati supaya satu hari nanti kita digelar sebagai syuhada'